Friday, July 10, 2009

Saat Dunia Masih Milik Kita

Perkara perkara aku tidak suka terhadap

Diri
  1. Aku ada masalah suka melengah kan perkara.Seperti contoh,aku tahu aku kena keluar 8.30 malam.tapi pukul 8 tu aku still tgh online tak siap2 sampai la dah nak sipi sipi 8.30 baru nak siap.So,siapa yang nak buat plan dengan aku,kalau nak keluar at 8.30 tolong bagitau aku 7.30.haha.Tapi aku hanya buat macam ni kalau bukan mengenai hal penting je la .huhu.
  2. Aku ada perangai tak suka tidur malam.Aku rasa sangat la songsang hidup aku skrg,aku hanya akan tido paling awal pukul 5 pagi dan bangun tengahari setiap hari. Walaupun aku tak keluar malam,aku akan stay awake sampai pagi.Aku risau tabiat ni akan terbawa bawa sampai bile bile :(
  3. Aku kadang kadang cepat naik angin.Orang tua tua kata aku ni"panas taik ayam" .haha.ada ke panas baran, orang dulu dulu panggil panas taik ayam? haha.Kalau dalam kereta aku cepat marah kalau ada orang hon kat aku atau pandang slack.Aku tak suka sikap ni.So nak overcome.aku bawak keta chill je dengar lagu pun chill je :)
  4. Perkara paling aku benci korang tau aapa? MENCARUT! aku benci mencarut walaupun kadang2 aku terlepas. Kadang2 aku tercakap sial,siut,babi,fuck, dan sebagainyee yang tak patut ditulis dah kalau time marah atau pun stress ke.Kalau aku tercakap,lepas tu aku akan menyesal then sepak sepak mulut ni.haha.Aku tak suka mencarut sebab orang dengar pun macam tak de akhlak atau budi bahasa apa tah lagi kalau orang tua dengar.so kalau agak2 tengah marah,cepat cepat selawat atau amik wudhuk :) tapi tak buat punn hahaha
  5. Aku suka simpan duit tapi aku suka jugak keluar duit.haha.Aku bukan boros belanja beli barang,tapi aku memerlukan duit sekurang2 nya rm50 sehari untuk keperluan ku.Tapi kalau aku takde duit sebanyak tu,aku takde la nak keluar kan.Aku takkan keluar rumah kalau duit aku ada kurang dari RM25 ringgit.Unless aku tak drive :)
  6. Aku top up sekurang2nya RM10 sehari. Sama ada untuk line maxis atau digi.Walaupun aku baru top up sehari sebelum tapi kalau hari ni dah tinggal RM 7 atau RM5 aku akan top up lagi RM10 atau RM5. Macam tu jugak kalau petrol,aku takkan biar kan minyak turun dari half tank aku akan isi penuh balik.Aku tak tau aku dah terbiasa buat macam ni.Sebab tu aku pakai banyak duit sikit dari orang lain :) benda tak habis lagi aku dah tambah. Tapi ada baik dia ada buruk dia jugak.So aku pun entah la suka ke tak perkara ni.
  7. Satu lagi perkara yang susah nak dibendung adalah kadang2 aku rasa terlalu baik sangat untuk orang.So orang tak takut untuk menyusahkan aku atau pun minta tolong benda yang pelik2 dengan aku. I hardly say no. Aku tak kisah kepada kawan2 dan kenalan. Tapi aku rasa sedikit terasa kalau aku sahut pertolongan orang tu,tapi ucapan terima kasih pun takde.Bengang bukan? dah banyak kali aku kena macam tu.Aku tak mintak balasan cuma tunjukkan sedikit penghargaan.Bukan susah pun cakap terima kasih tu.takdela kite teragak2 nak tolong dia lagi next time kan? haiyooo..
  8. Sensitivity. Aku nak sangat buang masalah sensitivity terhadap sesuatu perkara.kadang2 aku terlalu fikir terhadap benda tu terlalu mendalam.Seperti contoh,kalau aku suka kat orang tu,aku akan sangat sensitif ttentang apa dia akan rasa kalau aku buat macam ni or macam tu.takpun terlalu menjaga hati orang lain sampai tak tau nak jaga hati diri sendiri.pendek kata aku sangat particular dalam segala benda sampai perkara yang aku takyah pikir pun aku pikir. ini Bahaya!
Family.

  1. Aku ada lah anak lelaki pertama dalam family.Jadi tanggungjawab paling besar adalah aku sebagai harapan kepada keluarga.Tapi apa aku buat sekarang ni bukan macam harapan lagi dah,tapi sampan dah.hanyut ke laut.Bukan apa,sebagai anak lelaki pertama.tanggung jawab aku menjaga kebajikan ibu ayah dan adik beradik pada masa akan datang.Masalah nye,aku masih lagi berenjoy dengan hidup aku sebagai anak muda.Cuma aku takde la buat kerja jahat atau buat dosa.But still,aku still tak brape nak ambil peduli tentang tanggungjawab tu.Aku kena sentiasa ingat dan berwaspada untuk terus belajar rajin2 untuk dapatkan kehidupan yang senang dan sempurna untuk family aku.Aku nak bagi mak aku rumah,kete besar2,cucu ramai2,tapi bini tak ramai la! .hahahah. aku tau mak aku nak semua tu walaupun dia kata dia nak taknak duit smua cuma nak tgk anak dia berjaya dan bahagia dunia akhirat. Ye ke mama? haha.
  2. Pasal family takde banyak sangat benda aku nak kesal kan melain kan perkara kat atas.sebab aku tau aku anak yang baik walaupun ada yang nakal sikit2. haha :) sendiri perasan.! tak jugak,sebab my mom still cakap aku anak baik tru sms :) weee

Love or Cintaaa

  1. haha.panas panas aspek ini.Perkara paling aku tak suka bile aku tak pandai nak belajar melupakan.Aku sangat fail dalam perkara.Sebab tu aku digelar kan " Dr love but Me myself fail in love" :) haha.betulll ku tak tipuuu.kawan2 aku panggil ni sebab aku rajin dengar masalah orang.haha.dengar je ,bukan kena bayar pun :)
  2. Lagi satu , kenapa aku susah sangat nak suka kat orang.aku pun kadang2 pelik2. dalam 4 tahun kalau bertuah,mungkin la aku sangkut kat satu orang perempuan je.itu pun kalau sangkut.Muka dah la tak handsome.nak suka orang pun payah,kalau ada orang suka pun belum tentu dapat suka balik.hahasusah betul.
  3. Aku tak suka gaduh kalau tengah bercinta.Memang kadang2 gaduh tu baik untuk mematang kan kite,merapatkan hubungan,lebih mengenali pasangan,tapi kalau selalu sangat kite akan mula rimas.Sebaik2 nya kalau nak cari partner tu biar la sorang tu api yang sorang lagi air.baru aman sikit. kalau dua dua pun panas baran abis tu siapa nak mengalah nanti? kan kan? Kalau tengah bergaduh aku akan biar dia marah dulu,lepas 2 jam macam tu kalau dah sejuk sikit baru la pujuk,tapi jangan la biar sampai sehari 2 hari.kesian la plak kan? haha
  4. Aku sangat pasti yang aku ni sangat setia terhadap pasangan.Selepas 21 tahun mengenali diri . Benda ni bagus tapi ada juga tak bagus. hhaha.aku hilang perasaan nakal sebagai lelaki. takleh nak main ngorat2 dengan perempuan.bukan mengorat la tapi fling fling atau pun flirt la senang citer.sebenarnya kalau aku tak bercinta pun aku tak flirt sebab aku memang bukan macam tu. :P aku tak reti.siapa siapa tolong ajar? haha.

Pelajaran

  1. Masalah pertama yang dihadapi adalah masalah biasa semua pelajar hadapi.Pemalas! haha. aku boleh melabelkan diri aku agak malas la.aku hanya study sampai nak meletup otak*takde la sampai meletup cuma lebih rajin dari biasa* :) bile nak test atau nak final exam.hari hari biasa ku akan duk relax je goyang kaki.Aku nak sangat ada perasaan nak study lebih rajin tapi tak pernah menjadi.haha, aku rasa memamg i was born to be a lazy person.haha.i might be lazy but i dun give up easily.im sure about this. :)
  2. Lagi satu perkara biasa,again melengah kan sesuatu pekerjaan atau assignments.Kadang2 assignment tu atau report ke dan sewaktu dengan nye dah bagi satu bulan tempoh masa tapi lagi seminggu nak due date baru sibuk nak cari itu ini,how many words la,submit bile la and so on.So benda ni berkait rapat dengan malas.sebab kan malas la dia jadi terlengahkan masa :) Kunci nye,jangan la jadi malas! Aman hidup. Abis cerita.
  3. Aku pelik kenapa aku suka study subject yang aku suka je,kalau yang tak suka,study just to lulus dengan baik. Kenapa la aku tak suka semua subject yang dioffer tu? kan senang takyah nak stress :) pergi kelas pun senyum jeee.weee balik kelas terus bukak buku study sampai lebam.haha tu poyo gile la kan..

Hidup

  1. Aku seorang yang jahat lagi nakal. Walaupun aku tak buat benda benda seperti membunuh atau merogol ke.ish tu jahat sangat.! minum arak ke,hisap dadah ke,mencuri ke.tapi aku rasa diri aku still seorang budak nakal.Aku suka keluar malam,hampir tiap2 malam aku keluar.Aku kronik sampai tahap bile satu hari tak keluar aku rasa tak senang duduk.aku kena jugak keluar rumah walaupun dah pukul 1 pagi.tak kira la pegi mana,pergi lepak minum kat mamak ke,lepak rumah member,pergi 7 eleven ke.Kena jugak keluar!
  2. Aku pergi ke club! Sebenar nya aku mmg tak berapa gemar pg club sebab terlalu bising dan ramai orang.Aku lagi suka lepak cofee house chill dengar lagu slow,tapi apa nak buat kawan kawan aku semua tak macam aku :) Aku dah pg club dari dulu.tapi aku byk duduk lepak je la.Sekarang ni aku pg jugak ke club kadang2 sebulan 2 kali atau 3 kali.tapi aku pergi sebab aku selalu nye dah habis bosan duduk rumah tahap dewa atau pun nak teman kawan baik aku yang pergi ke club untuk layan lagu katanya* dia tak minum arak dan tak hisap benda berkenaan dadah* so aku takde la awkward kan? sebab kami duaorang sama.Kiteorang dua orang plak pergi sebab nak teman lagi sorang kawan kiteorang untuk amik gambar sebab dia memang keje everyweek kat club tu untuk amik gambar.
  3. Aku selalu risau pasal how's my future life going to be? Aku nak berjaya dalam hidup dan juga akhirat la.Disamping hidup senang tapi aku taknak hayut dari gelombang kesenangan.I want to be on the right path still.Aku tau nak senang,hanya dengan usaha kite boleh capai.tapi adakah usaha aku cukup untuk semua impian tu? aku sendiri belum pasti.
perkara perkara yang aku suka terhadap

Diri

  1. Aku suka pasal diri aku salah satu sebab aku agak peramah.Aku senang bercakap dengan orang la.Tapi dalam aku nak ramah tu aku kena kenal orang tu la.Kalau aku tak kenal orang tu sangat tapi dia jenis ramah jugak,aku akan jadi lebih ramah dari dia.haha.so aku ramah bile orang tu pun ramah dengan aku la. :)
  2. Lagi satu aku boleh di kata kan kukuh pendirian jugak la.boleh "dikatakan". Bile aku cakap taknak so aku betul betul taknak.Tapi on certain things jugak la.Seperti contoh kalau ada orang ajak tgk movie,kalau aku cakap taknak,tak semesti nye aku taknak jugak,kadang2 kena pujuk cair jugak.haha.aku taknak bile aku betul2 taknak seperti contoh hisap ganja :) poyo gile kan bunyi? tapi memang aku taknak la.Paranoia.
  3. Aku tak suka gaduh dengan kawan2 lama lama.Aku kalau gaduh,memang aku agak lembut sering mengalah.sebab aku tak suka dah kawan pastu gaduh2 tak jadi kawan.so benda ni aku nak elak! Aku jadi seorang yang pemaaf :P
  4. Aku suka buat orang ketawa walaupun kadang2 benda yang aku ceritakan atau lawak tu agak bodoh . tapi asal kan orang terhiibur aku rasa happy .
  5. Kemas! aku tak tahan kalau semak,dari segala benda baik kereta,bilik,rumah dan semuanyaa.Aku nak pasti kan segala nye bersih dan tersusun.Aku tak boleh tidur kalau bilik berselerak.

Family

  1. Rajin antara adik beradik.Aku memang paling rajin kalau nak dicompare kan dengan adik bradik yang lain.My mom always said dat to me :) cheehh bangga gile.haha. Tapi rajin dalam mengemas rumah je la.Dalam belajar,kakak2 dan adik2 aku lagi rajin.haha.sebab tu diaorang malas mengemas. :)
  2. aku rasa itu je aku boleh bangga dengan diri aku sebab hal hal lain kakak2 aku jauh lagi baik dari aku :)

Love or Cintaaa

  1. Aku suka diri ku bile berdampingan dengan orang yang kita cinta :) itu yang penting.('',)

Pelajaran

  1. Aku suka pasal dalam pembelajaran ,aku tak mudah putus asa :)
  2. Suka berbuat baik pada lecturer tapi bukan bodek ea! haha
  3. Suka duduk depan sekali dalam kelas.
  4. Suka buat buat tanya walaupun dah tau,atleast lec nampak kite ni bersungguh.Mana la tau time final dia mark bagus bagus :)

Hidup

  1. Hidup aku bahagia :) Syukur aku dikurniakan dengan family yang sangat harmoni dan ibu bapa sangat bertanggungjawab dalam membentuk anak dari segi dunia dan akhirat.Mereka dah didik kami sepenuh nya.Kalau ada benda jahat yang aku buat maksudnye datang dari diri sendiri bukan sebab mak bapak tak ajar ye.So jangan salahkan assume kalau anak jahat mak bapak mereka pun jahat.
  2. Aku sangat bersyukur di temukan dengan kawan ,kenalan ,sahabat ,rakan yang baik dan fun .tak kira la kawan sekolah ke,bukan dari sekolah ke,dari uitm ke,kawan rapat ke.Korang semua ceriakan warna warni kehidupan ku. ilysm!
  3. Special thanx to my 6 bloodbrothers yang still in close after we've been friends for more than 7 years together.some of them ive known them more than 7 years.Kawan time senang mudah untuk dicari,tapi bile susah dan sedih susah untuk dicari.
  4. Greaat education.Aku sangat bersyukur masih boleh belajar dikala banyak lagi orang kat luar sana yang masih ketandusan pelajaran disebabkan tidak mampu atau sewaktu dengan nye.Sentiasa la fikir kan bertapa bertuah diri ini berbanding orang lain di luar sana.
aku dah bosan menulis selama 2 jam. i will stop.this is what i normally do when boredom strike. merapu di blog sendiri :) biar la. suka suka ! haha.

Whenever I Think To Quit Smoking, I Need A Cigarette To Think + hm


end

No comments:

Post a Comment