Wednesday, August 19, 2009

Kenangan berterawih

heloo,aku nak share aku punya flow atau pun perjalanan solat terawih aku selama hidup :),saje saje,puasa nak dekat,terawih lagi 2 hari,i came across moments when i was still young till my age now!


so disini kite bermula,

aku masih ingat lagi first time aku pergi sembahyang terawih ketika aku berumur

5 tahun -

ketika aku berumur 5 tahun,selepas je buka puasa,kami akan dipaksa sembahyang maghrib bersama sama :) pastu kiteorang adik beradik akan suruh ayah cepat untuk ke masjid sebab tak sabar nak gi terawih.haha :) okay time tu masih budak2 ,yang aku tau dalam kepala masa tu nak jumpa geng aku kiteorang nak gi main selipar tiga .bukan sebab nak terawih pon.pakai baju melayu lengkap dengan songkok sampin je tak sempat.haha.biasa la kanak kanak :) kakak sulung aku pun time tu ada gak main kadang :P walaupun umur dah 12 tahun.semua ini berlaku ketika masih lagi menetap di kuching sarawak 15 tahun yang lalu!.

10 tahun -

ha,masa umur aku sepuluh tahun,perangai kanak kanak masih menebal di dalam diri.setiap kali sembahyang terawih kat masjid damansara utama,aku akan bawak digimon! setiap malam aku datang bawak.time orang sembahyang isyak,kami sembahyang.tapi terawih lebur :) tapi time makan macam sembahyang terawih 44 rakaat! kalau bertuah pun terawih sampai rakaat ke empat je,selebihnye sampai witir berbattle digimon dengan sepupu,kawan kawan.kadang kadang kami pergi kat belakang masjid main mercun.pg kat dinding depan imam pasang mercun bola.kuat kot!! imam yang tengah baca ayat panjang2 siap berlagu,kadang kadang terdiam dari bacaan,pastu terus dengar dia sebut"Allahhuakbar" *terus ruqu'* hahaha.kantoi lupa! kantoi tak kusyuk :P sorry pak imam! haha

16 tahun -

time umur aku ni kadang kadang sembahyang kat rumah kadang kadang pergi masjid kat damansara,ye la time ni aku duduk kat nusa subang.somewhere in between subang and damansara. kalau rajin aku akan start enjin kuda ku*scooter* pergi sembahyang ngan kawan kawan aqmil and atif and few more.mula mula,minggu pertama semua sembahyang rajin je sampai habis.genap 5 hari! sembahyang isyak je kat masjid tapi kadang kadang isyak pun tak sembahyang, teruk betul! *tapi ada gak time aku sembahyang penuh,takde la sampai sebulan,hari2 aku macam ni ye :) * okay,abis je salam akhir sembahyang isyak,dushhh semua hilang pg uptown makan kat damansara,dengan siap pakai kain,ketayap,baju melayu.tapi pukul 8 45 pm kat kedai duk minum.tak ke pelik orang tgk.? haha .boleh dikatakan hari hari datang lepak kadang kadang lagi kurang ajar main kad :) tapi time tu kad uno la bukan chor tai ti :P kadang kadang kami main police and thief dalam laman masjid :)


18 tahun-

terkena time ni aku berterawikh ketika sedang dilamun cinta.lagi sakai,everyday pergi terawih sama sama kat BU.balik sama sama.haha.berenggang time sembahyang je :) haha. okay.at least pergi sembahyang terawih hari hari :) sampai la nak ke raya macam tu.asal la kau rajin sangat ni boyyy? :)

selepas 18 tahun,

haha.lepas umur dah cecah 18 tahun baru la aku rasa bertanggungjawab sikit terhadap bulan puasa betapa penting nye terawih tu.pahala 1000 kali ganda dari hari biasa?siapa taknak? kan.hari biasa pun payah nak buat pahala kalau manusia ni lalai,bulan puasa ni manfaatkan la sepenuhnya.puasa tiga hari lagi ni menjadikan puasa ketiga aku selepas kesedaran tu menular dalam zarah zarah darah dalam badan :) insyaAllah . Aku nak cuba jalani ibadah kali ini dengan sempurna kalau boleh.taknak dah main main macam dulu.sekarang dah besar boleh pikir kan?
so jadi la macam orang dewasa! jangan jadi macam orang dewasa tapi akal macam budak budak? kan?

sekarang aku nak masuk 22 tahun :)
kenalah ingat ingat jugak,enjoy enjoy jugak.puasa and terawih jangan tinggal !
boleh boy?
boleeehhhhhh :)

selamat berpuasa kepada semua.
renung renungkan dan selamat beramaallll *tiru nada suara prof izzi yang selalu dalam radio tu :)*

end

No comments:

Post a Comment