aku memang tak pernah sambut valentines day. berdating juga tidak. jauh sama sekali. yeah, macam mana nak berdating. kekasih hati pun tiada. kalau aku ada pun,valentines day pun tetap tak disambut. secara jujur,tak pernah lagi aku sambut hari kekasih selama aku bernafas di atas muka bumi ini. apatah lagi agama menegah perkara ini sama sekali.
tetapi,bercakap pasal perkara yang ditegah,berpegangan tangan pun turut di tegah.tapi ada ke lagi pasangan yang mengamal kan hubungan yang sebegini. kalau ada pun,satu dalam seribu. tak pegang tangan, tak best la kan? macam mana nak
feel the love orang kata. lol. bukan orang kata je,aku pun rasa sebegitu. :)
kadang kadang aku rasa cemburu melihat kawan sibuk melayan karenah manja kekasih masing masing, keluar berdating, bergayut telefon dengan kekasih hati, bergurau senda, bersms berjela siang dan malam. mana manusia pun ingin rasa dibelai. apatah lagi dengan cinta hati. Iya,memang kasih sayang keluarga yang utama nya,tetapi naluri manusia ingin perasaan gembira datang dari 2 jiwa untuk satu hati. siapa yang tidak mahu bukan?
sudah genap 3 tahun lebih aku tidak pernah
be into a relationship yang
official. satu jangka masa yang agak lama kan. dah lama takde orang tanya "syg,u dah makan?", "syg,belajar rajin2 tau supaya dapat kerja senang".benda benda mcam tu. kekasih hati merangkap penasihat terbaik. semua orang mahu relationship yang boleh melengkapi masing masing dan juga hubungan yang bermotivasi ke arah kemajuan diri. seperti contoh "
you,we have to study hard for our better future. love can brings u happiness if we know how to handle.so we must make sure we dont get carried away." ha,kan sejuk dengar tu. walaupun jika masa depan perhubungan itu gagal, tapi atleast kite tak sia sia kan hubungan itu.
oh, bagaimana caranya untuk menghilangkan perasaan kita terhadap seseorang yang kita suka dan sayang dengan hati tanpa menghilangkan diri? sesiapa ada jawapan,sila bagitau aku. bila korang terjatuh hati dengan seseorang yang telah berpunya, pikir apa yang korang akan rasa pada masa akan datang. sakit bile melihat orang yang kita suka bahagia,tapi kita berpura pura bahagia buat dirinya. sakit terasa akan terubat hanya bila dapat bersua. tapi bile balik,hati tidak tenteram.akhirnya menyeksa diri sendiri. tapi apa boleh buat? hati bukan boleh di ubah. macam mana nak ubah kalau setahun cuba ubah,tak juga ubah ubah? jangan cuba tipu diri sendiri dari memain kan perasaan orang lain.
perasaan rendah diri yang sangat mendalam kadang kadang timbul di lubuk hati aku. ye,mungkin kerana aku tidak kacak, tak tinggi, tak kurus, atau pun tak kaya, mana mana perkara yang sering jadi kriteria penting buat perempuan.tapi aku percaya,yang penting hati,perangai dan kelakuan.aku paham,siapa tidak mahu kan pasangan yang menarik bukan. tapi tarikan ku hanya la keramahan yang tak berapa nak ramah ini. itu je.
perasaan campur baur kadang gembira kadang terseksa sering melanda. apa boleh buat. kerana jujur dengan diri sendiri. segala kenyataan harus diterima. betul la orang kata. "
kadang kadang kejujuran itu menyakit kan."p/s : maaf,tiba tiba rasa sunyi,post skema ini terhasil. sekadar luahan hati.nukilan jiwa.
jantunghatiku ku tetap sama.tidak berubah sama sekali.
end