Thursday, September 03, 2009

Keajaiban ciptaanNya

okay dalam sehari sebelum hari pertama berpuasa.sedang aku menghirup air teh o limau suam di sebuah warung di jengka bersama teman.

tibe tibe,suasana kedai menjadi hiruk pikuk,terdengar suara suara yang pelbagai ,orang ramai mula berdiri,ada yang tercengang seperti melihat makhluk asing mendarat di bumi.

abang bancuh air teh tarik sudah tidak tertarik,abang penebar roti canai dah tebar tangan tanpa ibu roti di tangan kerana terpukau seperti melihat aishwarya rai datang menari di jengka,

orang ramai lalu lalang mula berdiri tegak seperti menyanyi lagu negaraKU dan ada anak anak kecil yang berlari ketakutann


semua gara gara




kedatangan



makluk



ini



tadaaaaaaaaaya ini bukan tiang lampu atau pun galah pokok rambutan.tapi ini manusia yang pelik tapi benar!
note: gambar ini telah dirakam di bandar pusat jengka pada 2 minggu yang lalu.

lelaki ini didatang kan dari negara pakistan kalau tak silap aku! untuk mengutip derma bagi pihak diri nya.siapa yang bawak daatang aku pun tak tau.

cara apa dia minta derma?

begini. sesiapa ingin bergambar dengan beliau harus lah membayar RM10 .mudah kan? tapi pelik ramai yang bergambar dengan beliau !

tgk di gambar! beliau siap bawak datang kerusi khas untuk membolehkan beliau duduk.*sila perhatikan pada gambar,click di gambar untuk gambaran yang lebih jelas.terima kasih* .beliau datang kesini pun dengan menaiki ford ranger yang telah dicabut kerusi depan nye belah passenger dan duduk di belakang.

pelik kan? aku tertanya tanya macam mana dia datang naik kapal terbang?

kalau dia naik kapal terbang! tapi kalau dia naik kereta api?

atau pun mungkin dia berenang?

mahu pun berjalan kaki?

arrghh sudah! mengarut!

itu saje!


end

No comments:

Post a Comment