Friday, September 18, 2009

Kena Jugak

hari ini hari kedua terakhir puasa dan malam terakhir untuk bertarawih.kerana esok malam seluruh umat Islam akan mula melaungkan takbir.Rasulullah menyeru umat nyer untuk mengerjakan ibadah puasa dan terawih bagi menghapuskan dosa dosa kecil serta mendapatkan cahaya lailatul qadar pada 10 malam terakhir ramadhan.Baginda menyebut,sesiapa yang telah meninggalkan fadhilat terawih maka dia tergolong dalam golongan yang amat rugi.


adakah aku salah satu yang tergolong dalam kumpulan itu?
kerana aku hanya pergi terawih kurang dari 2 minggu. aku hanya pergi 3 hari terawih dari sepuluh malam terakhir.

masa aku pergi terawih 2 malam lepas dekat masjid,selepas je rakaat ke 8,aku dengar tazkirah.Imam tersebut mengatakan,firman Allah"barang siapa yang datang nye ramadhan tetapi tidak memberi sebarang keinsafan serta melakukan kemurkaan seperti bulan bulan lain.maka cilaka la terhadap kamu"

wow! terkejut aku dengar.takutt ! maksudnye kira kalau kite tak hormat bulan ramadhan,atau pun time bukan bulan puasa teguk arak,time bulan puasa pun teguk jugak takde memberi apa apa kesan,itu la dia.walaupun aku bukan begitu,tapi aku tetap rasa bersalah juga,sebab aku perasan,tahun ini ramadhan aku kurang mengaji,kurang ibadah sunat macam tahun2 lepas.

tahun lepas,aku berjaya khatam satu Al Quran dalam bulan puasa sebab aku bertadarus,dan berqiamullail dekat masjid.tapi tahun ini kenapa ye aku agak leka? :(

okay,sudah la aku bercoret pasal bulan ramadhan.

dengan kesempatan ini,

saya Wan Mohd Adib bin Wan Mamat memegang no kad pengenalan 880219-11-5303 ingin mengucap kan

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH" .

Saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan jikalau ada terlajak kata mahu pun kelakuan terhadap kalian semua.Sesungguhnya saya hanya la insan biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan.Sekali lagi saya memohon maaf atas segalanya dari hujung rambut ke hujung ibu jari.

sekian,

yang benar

ADIB


post ni sudah ditulis minggu lepas tapi baru today di publish disebabkan kesulitan yang berlaku.

end


No comments:

Post a Comment