Thursday, June 18, 2009

Al Fatihah

pada hari isnin lalu iaitu 15 Jun 2009,

sedang aku tidur di kampus,tiba tiba aku menerima panggilan telefon pada pukul 1 30 pagi dari ibuku mengatakan datuk tersayang dimasukkan ke hospital (icu) disebab kan sesak nafas.Aku lantas bangun siap dan terus memandu balik ke kampung dari kampus. Aku sampai 4 jam kemudian terus ke hospital besar kuala terengganu. perasaan aku berdebar debar,mulut ku tidak henti membaca ayat suci al Quran mengharapkan datuk ku tidak apa apa.

Sesampai nye di hospital,kelihatan sepupu,ibu dan bapa ku serta makcik pakcik berkumpul di depan bilik unit rawatan rapi.Mereka menunggu giliran untuk melawat kerana hanya 2 orang dibenarkan pada satu masa.
aku menungu giliran untuk melawat masuk.aku cuba tabahkan diri untuk ditidak emosi supaya menjaga perasaan nenek ku.Sorang sorang sepupu ku keluar dari bilik menangis bersendirian.

tiba giliran ku,aku masuk bersama ibu saudara ku.lihat saja keadaan datuk ku dgn salur yang begitu banyak di cucuk di kiri kanan tangan,dan juga mulut untuk bernafas, air mata ku mengalir.aku menangis bagai anak kecil.

aku tidak dapat menahan sebak melihat keadaan datuk kesayangan cuba melawan kesakitan.walaupun mata nye tertutup tapi aku tau datuk sedar kehadiran ku,ku pegang tangan dan dahi dan mengatakan aku datang,dan memohon maaf, air mata nya mengalir.sekali lagi aku air mata ku mencurah laju.

selama 3 hari siang dan malam aku meluangkan masa di hospital untuk menemani datuk ku.sehingga la hari ke 4 aku terpaksa pulang ke kampus untuk bersiap sedia dengan peperiksaan akhir intersesi dalam masa lagi 3 hari.sebelum balik sempat ku kucup dahi datuk ku dan berat hati ini untuk meninggalkan nye dan berharap sesudah nye exam aku akan sempat meluangkan masa untuk menziarahinye lagi.

keesokan harinye iaitu hari ni,pada 7.55 minit pagi aku dapat panggilan dari kakak ku mengatakan datuk tersayang telah tiada. Aku sangat terkilan kerana dia pergi tanpa ku disisi.tidak dapat ku kucup datuk ku lagi.segala nya emosi di sini. Aku tidak dapat fokus untuk belajar.aku rindu kan gelak tawa dan jenaka datuk ku yang tidak mungkin akan ada lagi.hati berkobar kobar untuk balik tapi apa kan daya peperiksaan hanya tinggal 2 hari.

my grandparents when they are just got married


latest picture.

ku tidak akan lupa kenangan bersama datuk ku selama 21 tahun.when i was small i used to live with them for one year. datuk ku bagai kan bapa kedua. dia bagi kan duit.dia hantar sekolah,dia amik dari sekolah.dia potongkan kuku cucu dia,dia ajar mengaji cucu dia,dia suka bergurau dengan cucu,dia selalu usik kami,dia sangat pemurah,dia penyeri hari raya,dia pak lawak keluarga kami dan banyak lagi.segala nya dia.terlalu banyak kenangan bersama datuk ku yang tidak mungkin akan ku lupakan dunia dan akhirat.Pemergian mu sangat mengejutkan tanpa sebarang tanda sakit.To'ki pergi tak menunjukkann sebarang tanda sakit,3 hari sebelum to'ki pergi,to'ki masih kuat dan bergelak tawa dengan cucu to'ki. Boy sedih boy takde di saat akhir bersama cucu to'ki yang lain.Boy minta ampun dunia akhirat,halal kan segalanye.Ya Allah.


AL FATIHAH

Hj Wan Kamal Bin Wan Nik

76 tahun

1933- 17 Jun 2009

meninggalkan 1 balu,8 anak,44 cucu dan 2 cicit

semoga rohmu dicucuri rahmat dan
ditempat kan dikalangan orang yang beriman hendaknya.


dari Nya kita datang,dan kepada Nya juga akan kite kembali.

i know u are at the good place. I miss you to'ki :( i love you.

i always need a grandfather :(


end

4 comments:

  1. sory to read this. be patient okay:)

    ReplyDelete
  2. sorry for your lost boy..
    takziah for you and your family..
    insyallah arwah to'ki di tempat kan kalangan orang-orang beriman..
    be strong boy..

    ReplyDelete